Wednesday, April 8, 2009

MAKLUMAT UMUM SEJARAH ASIA TENGGARA: AGAMA BUDDHA










Pengenalan

Menurut disiplin antropologi, agama merupakan sistem kepercayaan dan amalan dalam sesuatu masyarakat.


Manakala, mengikut pendapat lain, agama juga dilihat sebagai satu bentuk idea, sikap, kepercayaan dan perlakuan terhadap kuasa-kuasa supernatural yang wujud dalam konsep tuhan dewa-dewi, kuasa halus, roh, hantu dan sebagainya.

Mengikut seorang sarjana, Malinowaski menjelaskan bahawa emosi manusia menyebabkan kemunculan agama dan ia menjadi salah satu jawapan kepada semua persoalan yang di luar kawalan manusia seperti alam ghaib dan lain-lain lagi.
· Kekukuhan sesuatu agama adalah bergantung kepada dua faktor iaitu agama universal dan kepercayaan komuniti.
· Agama Buddha merupakan salah satu agama universal di Asia Selatan, Asia Tenggara dan Asia Timur.

Sejarah Asal-usul Agama Buddha
· Agama Buddha diasaskan oleh Sidharta Gautama. Beliau merupakan seorang putera raja, anakanda Sudhadana dan Maya yang dilahrikan ke dunia ini tanpa mengetahui hal duniawi.
· Semasa umur baginda mencapai 29 tahun, baginda telah keluar dari istana dan telah melihat 3 perkara iaitu tua, penyakit dan kematian. Untuk mencari jalan penyelesaian bagi segala penderitaan itu, baginda keluar dari istana dan meninggalkan segala-gala yang dimilikinya termasuklah anak, isteri, ibu dan bapa serta segala kemewahannya.
· Setelah mengembara selama 6 tahun dan bertapa selama 48 hari di bawah pokok Bodhi atau pokok penenang dan pada hari ke-49, iaitu pada malam purnama Wesak, baginda telah menyedari dan memahami bahawa penderitaan adalah lumrah kehidupan manusia dan suatu teori tentang pembebasan penderitaan tidak boleh dilakukan hanya dengan bertapa sahaja sebaliknya melalui pemadaman nafsu.
· Jika tidak ada nafsu, maka tidak adalah penderitaan, untuk membebaskan penderitaan pemadaman nafsu boleh dilakukan melalui “Jalan 8 Lapis Mulia” iaitu satu roda kehidupan manusia yang berteraskan kepada:
a. Ketekunan yang benar
b. Kehidupan yang benar
c. Kepercayaan yang benar
d. Perbuatan yang benar
e. Pertuturan yang benar
f. Usaha yang benar
g. Fikiran yang benar
h. Ingatan yang benar
· Setelah baginda memahami teori ini, baginda keluar mengembara di serata tempat bagi menyebarkan fahaman ini.
· Sidharta Gautama juga dikenali sebagai “Pemberi Cahaya”.
· Ajaran Buddha yang disebarkan oleh beliau bukanlah satu ajaran metafizik atau falsafah tetapi lebih menekankan kepada ajaran yang berkaitan dengan psikologi dan etika-etika kehidupan.
· Buddhisme disusun dalam sistem Tri Pitaka atau Tri Ratna iaitu Buddha, Sangha dan Dharma.
· Ajaran Buddha terbahagi kepada dua aliran iaitu aliran Hinayana yang lebih mementingkan kehidupan secara masyarakat dan aliran Mahayana yang lebih mementingkan keupayaan dalam menentukan kehidupannya.
· Ajaran Buddha menggalakkan penganutnya mengembara untuk mencari ilmu serta pengalaman dalam hidup tetapi dalam proses pengembaraan hanya pakaian yang serba ringkas seperti kain yang berwarna kuning keperangan dan semangkuk sahaja dibawa bersama seperti mana dilakukan oleh Sidharta Gautama dan tidak menyediakan simpanan atau harta untuk esok. Sebagai conoth, Raja Rama IV (Mongkut) juga terpengaruh dengan ajaran ini, lalu keluar mengembara untuk mendalami ajaran ini.
· Ahimsa merupakan satu konsep ajaran yang dikongsi bersama penganut-penganut Hindu yang membawa erti penolakan terhadap pembunuhan makhluk-makhluk hidup yang lain.
· Walaupun kita hendak mengisi perut, kita tidak bolehlah membunuh hidupan lain untuk kepentingan diri sendiri.

Pengamalan Agama Buddha
· Ajaran Buddha ini mendapat sambutan yang baik di India dan mendapat sokongan daripada Maharaja India seperti Maharaja Asoka dan raja-raja Kanishka.
· Agama ini berkembang pesat ke luar India pada zaman Asoka lagi, ini keranan Asoka telah mengambil tindakan dengan menghantar penyebar-penyebar agama ke luar India terutama Sri Lanka (Ceylon).
· Akhirnya Ceylon telah menggantikan India sebagai pusat penyebaran agama Buddha kerana perkembangan agama ini di Ceylon tidak seimbang dengan di India disebabkan pengaruh agama Hindu yang kuat di India.
· Di Myanmar, agama Buddha Thevarada merupakan agama rasmi negara.
· Agama ini telah melahirkan peranan yang penting dalam aspek politik, ekonomi dan sosial di Myanmar.
· Di Myanmar, rahib-rahib Buddha diambil sebagai penasihat kerajaan.
· Sebagai sistem sosial pula, undang-undang Sangha atau biara digunakan untuk mengekalkan ketenteraman dan bekerja untuk kepentingan masyarakat.
· Kira-kira 90% daripada penduduk Myanmar menganuti agama ini dan dikatakan terdapat seramai 350000 orang sami di Myanamr.
· Setiap kampung mempunyai sebuah biara dan wujudnya bandar-bandar sami seperti bandar Sagaing yang mempunyai sebanyak 444 buah biara.
· Semua pembinaan kuil-kuil dan patung-patung Buddha diperbuat gangsa.
· Dan ajaran ini dikatakan telah membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan rakyatnya semasa penjajahan kuasa luar iaitu British di Myanmar melalui gerakan-gerakan petani yang membabitkan golongan sami-sami Buddha.
· Menurut J.F. Cady, “Faktor perpaduan di dalam masyarakat Myanmar ditonjolkan melalui perpaduan keluarga dan masyarakat. Selain itu, terdapat juga kesungguhan beragama di dalam penghormatan yang bersungguh-sungguh terhadap rahib-rahib Buddha yang lain.
· Di Asia Tenggara, selain di Myanmar, Thailand juga dipengaruhi oleh ajaran ini. Terdapat hampir 95% daripada penduduknya menganuti agama ini.
· Di Thailand, masyarakatnya percaya kepada karma iaitu kehidupan selepas kematian. Oleh itu, untuk mendapat kehidupan yang baik di kehidupan yang akan datang, kehidupan semasa hidup adalah masa terbaik untuk menentukan kehidupan yang akan datang melalui konsep pembebasan penderitaan melalui pemadaman nafsu dilakukan dengan sebaik mungkin.
· Untuk membuat kebaikan, masyarakatnya gemar membuat lawatan ke kuil, persembahan bunga-bungan, menjemput sami-sami ke majlis tertentu dan sebagainya.
· Di Kampuchea, agama ini dibawa masuk dari Thailand dan ia terbahagi kepada dua mazhab iaitu Mohanikay dan Thommayuttinikay. Perbezaan di antara dua mazhab ini adalah dari sudut disiplin biara dan pembacaan teks-teks suci.
· Agama Buddha di Kampuchea sedikit demi sedikit masa telah menukarkan konsep ajaran yang berbentuk ajaran psikologi dan etika-etika kehidupan ini kepada konsep ketuhanan kerana kepercayaan komuniti yang masih diamalkan itu telah bercampur-aduk dengan agama Buddha.
· Patung-patung Buddha dianggap sebagai Tuhan dan harus disembah serta diberikan persembahan.
· Berbanding rantau Asia Selatan dan Asia Tenggara, wilayah Asia Timur lebih menyerapkan agama Buddha Mahayana terutamanya di China, Jepun dan Korea.
· Agama Buddha mula meresap dalam kehidupan masyarakat China sejak abad ke-3SM apabila kekuasaan pusat semakin lemah.
· Agama Buddha mendapat tentangan yang hebat dari golongan terpelajar penganut Confucius dan penganut Taoisme. Walaupun begitu, agama ini masih dapat bertapak di China kerana sokongan masyarakat bawahan seperti golongan petani.
· Hal ini kerana pada masa itu, rakyat di China mengalami masalah kebuluran akibat peperangan.
· Ajaran Buddha yang dibawa masuk pada masa itu dikatakan merupakan satu penerang kepada masyarakatnya.
· Lambat-lanun, rakyat China terutama golongan petani (80% rakyat China adalah terdiri daripada golongan petani), telah menganuti agama ini.
· Banyak tokong-tokong Buddha telah dibina dan agama ini telah menyerap ke dalam kehidupan masyarakat secara lembut sekali.
· Agama ini lebih menekankan penganutnya hidup secara sederhana dan jangan tamak kepada kemewahan duniawi. Akhirnya agama ini telah diterima oleh masyarakat China.
· Penganut-penganut agama Buddha di China seperti Fa-Shien seringkali mengadakan lawatan-lawatan ke India untuk mempelajari dan menterjemahkan ajaran Buddha dalam Bahasa Pali ke tulisan Cina.
· Disebabkan faktor ini, kedua-dua negara ini mempunyai hubungan diplomatik serta perdagangan yang rapat malah China dikatakan merupakan rumah kedua dalam penyebaran agama Buddha selepas India.
· Agama Buddha di Jepun telah dibawa masuk dari China pada abad ke-6M. Walaupun agama ini mendapat tentangan dari agama Shinto dan Kerajaan Jepun iaitu Meiji sendiri, namun ia masih boleh menyesuaikan diri dengan melakukan tolak ansur dengan agama Shinto.
· Misalnya, patung-patung Shinto dibenarkan dibawa masuk ke dalam kuil-kuil Buddha tetapi patung-patung itu dianggap sebagai jelmaan Buddha.
· Terdapat 12 mazhab utama agama Buddha di Jepun dan di antaranya terdapat 3 mazhab yang aktif iaitu Zen, Nichirin dan Shin.
· Mazhab Nichirin dikatakan mempunyai paling ramai pengikut dan mazhab ini berpegang kepada kitab suci Hakke yang dianggap sebagai kitab suci Buddha.
· Kitab ini mengajar penganutnya cara mudah untuk masuk ke syurga iaitu dengan melafazkan ayat “Namu Myorengekyo” yang membawa maksud “Selamatkan Aku Kitab Suci Hakke”.
· Sehingga tahun 1930-an, di seluruh Jepun terdapat seramai 50000 orang rahib Buddha dan 71000 buah patung Buddha pelbagai saiz.
· Penganut-penganut agama ini mencapai 48 juta orang. Walau bagaimanapun, angka ini bukanlah angka mutlak kerana masyarakatnya mengamalkan dwi agama.

Kesimpulan
· Secara kesimpulannya, walaupun agama Buddha mendapat tempat di ketuga-tiga wilayah itu, tetapi agama ini seperti agama Hindu, Islam, Kristian dan sebagainya turut bertapak bersama dan agama-agama ini masik kekal di negara-negara itu sehingga ke hari ini.
· Pengamalan agama-agama inilah yang menentukan dasar negara dan corak kehidupan masyarakat pada hari ini.

MAKLUMAT UMUM SEJARAH ASIA TENGGARA: SISTEM KEPERCAYAAN DAN AGAMA

Pengenalan 

Setiap manusia di dunia ini boleh dikatakan mempunyai kepercayaan kepada agama. Menurut kamus, agama bermaksud “segenap kepercayaan kepada tuhan atau dewa-dewi serta dengan kewajipan-kewajipan yang bertalian dengan kepercayaan itu”. Agama mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan ajaran. Dengan kepercayaan kepada agama, manusia sanggup berkorban untuk mempertahankan agama mereka. Kesemua agama pada amnya menyampaikan ajaran yang baik seperti disiplin diri, keamanan serta kebaikan. Terdapat jenis kepercayaan iaitu agama yang berunsurkan kepercayaan ketuhanan dan agama kebudayaan yang berkembang daripada falsafah bangsa-bangsa yang menganutinya.

  

Islam 

Agama Islam disebarkan di Tanah Arab kira-kira 1400 tahun dahulu. Sebelum kedatangan Islam, orang Arab menganut pelbagai agama dan kepercayaan. Mereka dikenali sebagai masyarakat Jahiliah. Agama Islam diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad di Gua Hira pada tahun 610M. Ajaran agama Islam ini mendapat tentangan hebat daripada kaum Quraisy di Mekah. Mereka menentang ajaran agama Islam kerana mereka masih berpegang teguh kepada amalan dan kepercayaan nenek moyang dan penyembahan berhala.

  Dua aspek penting yang terkandung dalam agama Islam ialah : 

a. Akidah – kepercayaan manusia terhadap Allah 

b. Syariah – undang-undang dan hokum Islam yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah (Hadith) 

Al-Quran ialah sabda-sabda Allah yang suci dan diwahyukan kepada Nabi Muhammad dan Sunnah ialah sabda-sabda Nabi Muhammad yang ditulis secara mutawatir dalam al-Quran.

  Ajaran Islam berasaskan 5 Rukun Islam dan 6 Rukun Imam iaitu : 

Rukun Islam 

a. Syahadah – mengucapkan 2 kalimah syahadah iaitu : tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah 

b. Solat – menunaikan sembah 5 waktu sehari semalam 

c. Zakat – orang Islam diwajib memberi zakat kepada orang yang miskin 

d. Puasa – mewajibkan berpuasa pada bulan Ramadan 

e. Menunaikan fardu haji ke Mekah bagi orang yang mampu 

Rukun Imam

a. Percaya kepada Allah 

b. Percaya kepada Malaikat 

c. Percaya kepada Kitab-kitab Allah 

d. Percaya kepada nabi dan rasul 

e. Percaya kepada hari kiamat 

f. Percaya kepadaqadak dan qadar 

Agama Islam akhirnya tersebar luas ke Asia Tenggara, Asia Barat dan Eropah.

  

Kristian 


Agama Kristian bermula di Palestin kira-kira 2000 tahun dahulu. Menurut orang Kristian, pengasasnya ialah seorang daripada keturunan Bani Israel yang bernama Jesus Christ iaitu Nabi Isa. Nabi Isa dilahirkan di Bandar Bethlehem di selatan Palestin. Semasa berusia 30 tahun Nabi Isa menerima wahyu daripada tuhan dan kemudian menyebarkan ajarannya. Beliau menggunakan cerita-cerita mudah (parables) yang mempunyai nilai-nilai moral. Beliau dikatakan mempunyai kuasa mukjizat untuk menyembuh orang yang sakit dan cacat, memulihkan penglihatan orang buta dan menghidupkan orang yang mati.

  Ajaran Nabi Isa mendapat tentangan hebat daripada paderi dan pembesar Bani Israel. Mereka berasa iri hati kerana Bani Isa menjadi seorang yang termasyhur dan mempunyai banyak pengikut. Mereka membuat rancangan untuk menghapuskan Nabi Isa. Atas tuduhan menyebarkan agama palsu (bidaah) dan mendakwa dirinya sebagai anak tuhan, Nabi Isa dihukum salib sampai mati pada 33M. Menurut kepercayaan Kristian, Nabi Isa telah bangkit semula selepas 3 hari dan dinaikkan ke syurga. Ajaran Nabi Isa disebarkan oleh pengikutnya di seluruh Empayar Rom tetapi mendapat tentangan hebat daripada maharaja Rom seperti Pontius Pilate. Walau bagaimanapun, Maharaja Rom, Constantine telah memeluk agama Kristian pada 323M. Tindakannya menyebabkan penyebaran agama Kristian dengan luas.

  Ajaran Kristian menekankan unsur-unsur kasih saying dan pengampunan antara manusia. Nabi Isa memberitahu pengikut-pengikutnya “kamu hendaklah mengasihi jiran kamu dan juga musuh kamu. Doakan mereka yang mengecam kamu dan mereka yang melakukan tindakan buruk terhadap kamu”. Prinsip asas dalam agama Kristian ialah cintailah Tuhan dengan sepenuh ragamu dan cintailah jiranmu seperti kamu mencintai dirimu sendiri. Ajaran agama Kristian percaya bahawa pengikut-penigkutnya yang mengamalkan ajaran ini akan menikmati kesempurnaan hidup di akhirat. Ajaran Nabi Isa terkandung dalam kitab suci Kristian yang dipanggil Kitab Injil (Bible).

  

Hinduisme 

Agama Hindu ialah agama yang utama dan tertua di dunia. Ia bermula di India lebih kurang 3000 tahun dahulu. Perkataan Hindu berasal daripada perkataan Sindhu, iaitu tempat permulaan tamadun di Lembah Sungai Indus. Agama ini merupakan campuran kebudayaan dan kepercayaan orang Aryan dan orang Dravidia. Bahasa Sanskrit dan Bahasa Tamil memainkan peranan utama dalam perkembangan agama Hindu.

  Agama Hindu berkembang daripada falsafah orang India. Oleh itu, Hinduisme lebih berbentuk cara kehidupan daripada agama. Agama Hindu tidak mempunyai pengasas dan tidak mempunyai sebuah kitab suci. Walau bagaimanapun, sesetengah penganut Hindu menganggap Bhagavadgita sebagai kitab suci. Ia mengandungi nyanyian-nyanyian dewata dan mengajar tentang cara-cara kebahagiaan dan ketinggian hidup manusia. Pengajar agama Hindu dikenali sebagai Nyanmar dan Alwar. Orang Hindu percaya kepada jelmaan tuhan. Oleh itu, mereka menyembah kepada ramai dewa dan juga dewi. Pada mulanya mereka menyembah kepada dewa Agni (Dewa Api), Surya (Dewa Matahari) dan Indra (Dewa Peperangan). Lama-kelamaan, mereka menyembah 3 orang dewa jelmaan yang digelar Trimurti (3 jelmaan) yang mempunyai peranan tertentu iaitu Brahma (Dewa Pencipta), Vishnu (Dewa Pelindung) dan Siva (Dewa Pemusnah). Berdasarkan kepercayaan tuhan tersebut telah wujud 2 mazhab yang terpenting dalam agama Hindu iaitu Mazhab Saivisme dan Mazhab Vaishnavisme.

  Orang Hindu juga percaya kepada Hukum Karma, kelahiran semula selepas mati :

Orang India percaya bahawa roh seseorang tidak akan mati bersama-sama jasadnya tetapi masuk ke dalam jasad yang lain dan dilahirkan semula untuk memulakan kehidupan yang baru.

a. Jenis kehidupan ini ditentukan oleh Hukum Karma.

b. Karma dalam Bahasa Sanskrit bererti tindakan dan hasil-hasilnya. Oleh itu, karma ialah tingkah laku seseorang pada masa hidupnya dan menerima hasil pada hidup akan datang mengikut sama ada karmanya baik atau buruk.

c. Jika seseorang itu membuat kebaikan dan menyembah tuhan, ia akan dilahirkan kembali ke dalam kasta yang lebih tinggi untuk menikmati kehidupan yang baik.

d. Jika seseorang itu terus berkelakuan baik, ia akan terus meningkat tinggi sehingga ia tidak boleh dilahirkan semula.

e. Rohnya akan mencapai Moksha atau Nirvana.

f. Ini bermakna rohnya akan bersatu dengan tuhan dan tidak akan lahir semula ke dunia.

  

Buddhisme 

Agama Buddha adalah berdasarkan ajaran Siddharta Gautama. Gautama ialah seorang putera raja yang dilahirkan di Kapilavastu pada tahun 563SM. Gautama dibesarkan di istana sebagai seorang yang beragama Hindu. Baginda berkahwin dengan sepupunya Yasodhra dan hidup dalam penuh kemewahan dan kebahagiaan. Tetapi baginda tidak berasa gembira dengan kehidupan yang mewah itu. Semasa berusia 29 tahun, Gautama menyaksikan kelaparan, kesakitan dan kematian. Baginda berasa terharu menyaksikan keadaan hidup manusia itu. Baginda ingin tahu mengapa manusia menderita dan ingin mencari jalan untuk mengatasi masalah-masalah itu.

  Gautama telah meninggalkan keluarganya dengan memakai jubah kuning seperti seorang petapa dan mengembara untuk mencari jawapan tentang erti hidup yang sebenarnya. Baginda telah mengkaji kitab suci Hindu iaitu Veda dan Upanishad, bertapa beberapa hari dengan berpuasa hingga hampir kebuluran dan menanggung penderitaan. Namun demikian, baginda tidak dapat mencari kebenaran kepada penderitaan manusia. Baginda akhirnya berjaya mendapat kebenaran atau pencerahan agung yang dicarinya setelah bertapa selama 45 hari di bawah pokok Bo di Boghgaya, berhampiran dengan Benares. Pada suatu malam purnama, Gautama telah menerima pengetahuan daripada tuhan dan mengetahui jawapan bagi masalah kehidupan dan kematian manusia. Hari ini dikenali sebagai Hari Wesak. Mulai hari itu, baginda digelar Buddha yang bermakna Penyinar Cahaya. Buddha kemudian mengembara ke seluruh India untuk menyebarkan ajarannya. Buddha mengasaskan satu pertubuhan sama bernama Sangha. Sami-sami yang memasuki Sangha mencukur rambut dan memakai jubah kuning yang menandakan mereka telah bebas daripada segala hal duniawi. Selepas mengembangkan ajaran-ajaran selama 45 tahun, Buddha meninggal dunia pada tahun 483SM semasa berusia 80 tahun.

  Ajaran-ajaran Buddha dijadikan sebagai agama dan dibukukan dalam Bahasa Pali oleh pengikut-pengikutnya yang setia. Empat Kebenaran Mulia yang didapati di bawah Pokok Bo menjadi asas agama Buddha. Empat Kebenaran Mulia merangkumi perkara berikut :

a. Hidup ini penuh dengan kesengsaraan dan penderitaan, iaitu semua yang hidup harus menghadapi umur tua, penyakit dan mati.

b. Manusia mendeirta kerana nafsu untuk memperoleh kekayaan dan keseronokan untuk keselesaan hidup.

c. Manusia patut menghapuskan nafsunya untuk melepaskan diri daripada kesengsaraan.

d. Cara untuk menghapuskan kesengsaraan dan mengatasi nafsu ialah dengan mengikut Jalan Lapan Lapis.

Jalan Lapan Lapis atau Jalan Pertengahan menjadikan seseorang mengawal fikiran dan membentuk tingkah laku yang baik. Jalan Lapan Lapis menjadi teladan bagi pengikut-pengikutnya. Hokum-hukumnya ialah :

a. Pengetahuan yang baik

b. Pemikiran yang baik

c. Keinginan yang baik

d. Kelakuan yang baik

e. Kehidupan yang baik

f. Perkataan yang baik

g. Usaha yang baik

h. Pertapaan yang baik

Jalan ini mencadangkan jalan tengah untuk mencapai hidup yang baik dengan mengamalkan jalan yang suci seperti yang berikut :

a. Bersedekah

b. Mencari ilmu pengetahuan dan kesucian

c. Mengelakkan diri daripada membunuh, menipu, berzina dan mencuri

Selain itu, agama Buddha juga menerima beberapa kepercayaan seperti Nirvana, kelahiran semula dan karma daripada agama Hindu. Matlamat Buddha ialah pencapaian Nirvana, iaitu tahap kebahagiaan yang kekal dan tidak dilahirkan semula selepas beberapa kelahiran. Buddha juga menentang 2 kepercayaan terutamanya kedudukan istimewa Brahmin dalam masyarakat. Ajaran asal Buddha dipanggil Hinayana. Ajaran ini diubahsuai dan dipindahkan menjadi Mahayana.

  Agama Buddha ini telah menyebar ke rantau Asia Tenggara, Asia Timur dan sebagainya. Menjelang abad ke-19, negara-negara yang menjadikannya agama rasmi ialah Thailand, Indo-China dan sebagainya.

  

Confucianisme 

Confucius ialah seorang ahli falsafah China yang terkenal pada Dinasti Chou. Beliau berasal dari keluarga Lu di wilayah Shangtung, dimana tempat beliau dilahirkan. Nama sebenarnya ialah Kung Fu Tze. Beliau mahir tentang Li iaitu susunan tingkah laku yang baik. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 479SM semasa berusia 72 tahun. Semua ajarannya telah dibukukan oleh pengikut-pengikutnya.

  Confucianisme tidak dianggap sebagai satu agama yang berunsurkan ketuhanan tetapi merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik. Confucianisme berasaskan ajaran Confucius dapat dirumuskan dalam konsep Jen yang menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri. Apabila Confucius disoal pengikutnya tentang makna perikemanusiaan, dia menjawab “kebolehan mengamalkan 5 kebaikan di merata dunia adalah kemanusiaan. Kebaikan itu ialah budi bahasa, amanah, kerajinan dan sifat baik”.

  Ajaran Confucius dikumpulkan oleh pengikut-pengikutnya dalam bentuk buku yang bertajuk Lun Yu atau Analekta. Dua orang pengikutnya yang terkenal ialah Hsun Kuang dan Meng Tze (Mencius). Confucius merupakan orang pertama di China yang cuba menulis sejarahnya dengan lebih sistematik. Beliau juga menulis sebahagian daripada 5 klasik yang dihasilkan pada zaman Chou. Klasik-klasik ini terdiri daripada :

a. Book of Odes (Shih Ching)

b. Book of History (Shu Ching)

c. Book of Rites (Li Chi)

d. Book of Changes (I Ching)

e. Sping Ang Autum Annals (Chun Ching)

Ajaran Confucius tidak mempunyai pengaruh ke atas budaya Asia Tenggara seperti agama Hindu dan Buddha. Ia cuma mempunyai kesan yang mendalam ke atas masyarakat China.

Ajaran Confucius adalah berkenaan dengan Li atau rukun bangsa. Antaranya ajaran Confucius ialah bagaimana keamanan dan kepatuhan boleh dibawa kepada negaranya. Dalam ajaran Confucius, terdapat 5 jenis perhubungan baik yang menetapkan peranan individu dalam masyarakat iaitu :

a. Pemerintah dengan rakyat

b. Ibu bapa dengan anak

c. Suami dengan isteri

d. Abang dan adik

e. Kawan dan kawan

Menurut beliau setiap individu mempunyai tugasan dan tanggungjawab terhadap pihak lain. Sekiranya setiap tanggungjawab dipatuhi, masyarakat serta negara akan bersatu, tenteram dan harmoni. Beliau menegaskan bahawa seseorang anak harus menghormati ibu bapa mereka dan juga harus menjaga ibu bapa apabila mereka sudah tua. Dari segi ibu bapa pula, beliau mengatakan bahawa kasih saying patut diberi kepada anak-anak mereka termasuklah membimbing dan mendisiplinkan anak. Seseorang juga harus menjaga negerinya, negeri adalah disamakan dengan sebuah keluarga yang besar.

  Dari segi politik pula, Confucius menganggap raja yang jujur dan adil adalah seorang raja yang dapat disanjung tinggi. Rakyat perlu hormat dan taat setia kepada kerajaan. Confucius menegaskan bahawa raja adalah ketua keluarga dan rakyat adalah ahli-ahli keluarganya. Raja harus memberi contoh dan teladan yang baik kepada rakyat. Dalam sesebuah negara kerajaan harus menimbulkan keyakinan rakyat, rakyat harus dijaga dengan mempunyai pasukan tentera yang kuat. Confucius mengatakan bahawa raja harus melindungi rakyatnya dan harus berperanan sebagai Shang-Ti.

  Bagi masyarakat China, mereka sangat mementingkan tradisi dan nilai-nilai murni hasil daripada ajaran Confucius. Beliau menggalakkan pengikutnya memandang ke zaman silam untuk mendapat pengajaran supaya masalah dapat diselesaikan. Beliau yang mewujudkan confucianisme juga mementingkan penyembahan nenek moyang.

  Meng Tze, pengikut Confucius telah menambah ajaran tentang pemerintah kerajaan. Raja yang zalim boleh digulingkan kerana Tuhan akan memberi restu kepada rakyat yang ditindas. Selain Meng Tze, Hsun Tzu pula menekankan bahawa manusia pada dasarnya adalah jahat dan raja bertanggungjawab untuk menyekat kejahatan ini dengan merangka undang-undang yang ketat dan hukuman keras kepada pesalah.

  

Taoisme 

Taoisme berasaskan ajaran Lao Tze dan Chuang Tzu. Menurut lagenda, Lao Tze adalah seorang pegawai yang penting di istana Dinasti Chou. Beliau mula menyebarkan falsafahnya selepas meninggalkan jawatannya. Beliau mempunyai ramai pengikut. Lao Tze dianggap oleh pengikut-pengikutnya sebagai nabi bagi ajaran Taoisme.

  Ajaran Taoisme terkandung dalam bukunya yang berjudul Tao Te Ching. Ajaran yang terkandung dalam buku ini adalah reaksi terhadap ajaran Confucius. Ajaran Confucius menekankan kepada peraturan sosial seperti dalam keluarga dan negara tetapi ajaran Lao Tze lebih menekankan keharmonian alam semesta. Tao membawa maksud “cara” atau “jalan” bagi mencapai keharmonian alam semesta. Ajaran Taoisme adalah gabungan anarkisme dan kepercayaan bahawa kebenaran di luar fahaman manusia boleh diperolehi dengan cara bersemadi atau tasawuf.

  Lao Tze menyarankan supaya manusia menarik diri daripada duniawi dan mencari jalan bahagia secara mengasingkan diri daripada peraturan duniawi dan upacara yang merugikan. Perkara yang ideal bagi pengikut Taoisme ialah manusia harus bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Lao Tze menganggap bahawa seseorang tidak seharusnya mementingkan masyarakat pada keseluruhan. Beliau tidak bersetuju dengan konsep kerajaan kerana ia dianggap menghalang perjalanan alam. Menurutnya lagi, penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh negara China adalah dengan kembali ke alam semesta dan menolak tamadun. Bagi penganut Taoisme, kerajaan yang paling berkesan ialah yang paling sedikit memerintah. Mereka menganggap bahawa lebih banyak undang-undang dikenakan keganasan akan timbul dengan lebih giat lagi. Falsafahnya yang mudah difahami dan diminati oleh kalangan penduduk di luar Bandar. Taoisme tidak mendapat sambutan baik daripada kalangan terpelajar dan pegawai-pegawai berfahaman confucianisme.

  Penganut-penganut Taoisme memandang hina terhadap perkara-perkara keduniaan. Ajaran Tao menyeru penganutnya supaya jangan mengubah benda-benda semula jadi. Menusia tidak boleh mengubah cara hidup melalui tindakan undang-undang kerana ia menjadikan kehidupan manusia lebih kompleks. Lao Tze mengatakan bahawa perasaan tamak dan nafsu seseorang mendorongnya bertindak dengan kurang bijak dan tidak rasional. Lao Tze mahu mempraktikkan cara penghidupannya di zaman Ho Hsu (zaman dahulu kala) kerana manusia dapat hidup dengan tenteram. Ketenteraman manusia terganggu disebabkan oleh mereka diajar ilmu pengetahuan dan diberi tanggungjawab. Kata-kata Lao Tze “tenangkan diri, kembalilah kepada zaman di mana raja-raja belum wujud lagi”. Ajaran Lao Tze hanya sebuah negeri yang kecil penduduk. Di dalam negeri tersebut tidak ada sebarang bentuk pemerintahan. Penduduknya tidak pernah melawat antara satu sama lain tetapi boleh hidup dengan gembira.

  Sumbangan penting Taoisme ialah sami-sami telah membuat banyak perjumpaan dalam bidang perubatan tradisional. Mereka juga mencipta ubat bedil, jarum magnetic dan herba-herba asli.

  Taoisme juga membawa pengaruh dalam bidang kesusasteraan dan kesenian masyarakat China. Buku-buku Taoisme yang merupakan koleksi ajaran yang bertulis dalam bentuk sajak menjadi warisan kesusasteraan yang terkenal.

  

Shintoisme 

Shintoisme juga dikenali sebagai “jalan tuhan” merupakan agama asli masyarakat Jepun yang bermula dari zaman silam dan mitos. Ia dianggap sebagai agama yang secara penuhnya dimiliki oleh masyarakat Jepun tanpa mempunyai pengaruh daripada luar. Ajaran ini berkembang daripada tradisi komuniti asli. Sewaktu tahap awal ia wujud dalam bentuk yang paling mudah iaitu tradisi rakyat dan berpusat pada semangat di sekeliling kehidupan masyarakat, kampung dan persekitaran.

  Kepercayaan ghaib atau kami ini wujud dalam alam sekitar, pokok, gunung, air, api dan sebagainya. Perkataan kami ini juga sering kali diterjemahkan sebagai Shinto. Kepenitngan agama ini terletak pada sifatnya yang bertujuan membentuk rasa taat setia kepada keluarga diraja dan kepada negara dengan cara memupuk rasa patriotic yang meluap-luap berdasarkan anggpan bahawa negara dan raja-rajanya mempunyai unsur-unsur ketuhanan.

  

Jainisme 

Jainisme merupakan ajaran yang diasaskan oleh Mahavira atau nama lain Vardhmana pada abad ke-6SM. Ia mempunyai benyak persamaan dengan agama Hindu dan Buddha. Agama ini memberi penekanan yang lebih terhadap karma dan samsara. Penganut agama ini biasanya tidak memakan haiwan atau merupakan vegetarian.

MAKLUMAT UMUM SEJARAH ASIA TENGGARA: SISTEM EKONOMI

 

Pengenalan 

Sistem ekonomi di Asia sebelum kemasukan kuasa asing terdiri daripada 2 bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem ekonomi komersil.

  

Sara diri 

Sistem ekonomi sara diri ialah kegiatan penanaman bahan makanan untuk keperluan diri untuk kewajipan cukai. Ia merupakan kegiatan ekonomi asas bagi kebanyakan penduduk di rantau Asia. Kebajikan dan ketenteraman masyarakat bergantung kepada kebolehan sesebuah negara mengeluarkan makanan yang cukup untuk keperluan rakyatnya.

1. Asia Tenggara 

Sistem ekonomi sara diri di Asia Tenggara berasaskan penanaman padi sawah. Padi sawah di tanam di lembah dan dataran sungai yang subur contohnya Menam Chao Phraya, Lembah Irrawaddy dan Lembah Sungai Mekong. Selain itu, padi huma juga ditanam di Filipina dan Pulau Jawa. Kegiatan penanaman padi huma ini dikerjakan oleh suku-suku kaum pedalaman, sebagai contoh, suku Chin di Indo-China, Karen Kachin di Thailand dan Myanmar. Di kawasan kering seperti bahagian Minku, Myingyan Burma, kapas dan kacang tanah ditanam dengan meluas. Selain kegiatan penanaman, kegiatan memburu dan menternak ikan juga dijalankan. Di Vietnam, sara dirinya dijalankan di kawasan Sungai Songkoi dan kawasan Sungai Mekong serta Delta Sungai Merah (Tongkin). Kegiatan sara dirinya amat bergantung kepada sistem parit dan tali air seperti yang ada di Sungai Songkoi untuk mengawal banjir. Najis manusia dan binatang telah dijadikan sebagai baja.

2. Asia Timur 

Kegiatan sara diri di Asia Timur dapat dilihat di negeri China. Ia dijalankan di sekitar Sungai Yang-tze Kiang dan Sungai Hwang Ho. Tanaman yang diusahakan adalah seperti sekoi, gandum, barli dan pelbagai jenis kacang. Selain itu, kegiatan penternakan juga dijalankan serentak dengan kegiatan pertanian. Binatang yang diternak adalah seperti ayam, itik dan khinzir. Di China, teknologi pengairan dan penanamannya adalah sangat baik tetapi ia hanya mampu mengeluarkan bahan makanan yang mencukupi sahaja kerana di China sentiasa berlaku bencana alam dan binatang penduduknya juga. Di China, kegiatan import amat kurang kerana apa yang diperlukan dapat dikeluarkan dalam negaranya sendiri.

3. Asia Selatan 

Di India, padi merupakan tanaman utama. Ia ditanam di lembah sungai yang mempunyai ratusan cabang. Contohnya Sungai Ganges, wilayah Benggal pula menghasilkan kapas yang banyak dan bermutu tinggi. Di antara kain kapas ini yang paling terkenal ialah kain “calico” yang ditanam di Dataran Deccan. Industri kain kapas ini telah berkembang maju pada abad ke-19. Kain ini telah dieksport ke China dan Asia Tenggara

  

Sistem komersil 

Kegiatan ekonomi komersil merupakan asas dalam pertukaran dan penjualan barangan dan penglibatan dalam perdagangan dan perlombongan. Kegiatan perdagangan ini memanglah tidak asing lagi di Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Selatan.

  Di Asia Selatan, barang dagangan utama ialah hasil pertanian. Selain itu, kain “calico” dari Benggal juga sangat popular di seluruh dunia. Kain itu amat disukai oleh penduduk di Asia Tenggara dan penduduk di negeri China.

  Di Asia Timur, barang dagangan utama ialah kain sutera dan tembikar.

  Di Asia Tenggara, rempah ratus menjadi barang dagangan utama. Selain itu, padi dari Myanmar dan Thailand serta Vietnam juga diperdagangkan secara meluas. Padi di negeri-negeri ini dihasilkan secara intensif kerana permintaan terhadapnya tinggi. Teknologi yang digunakan juga meningkatkan lagi keluarannya. Peningkatan penduduk dan galakan dari pemerintah juga merangsangkan tanaman ini diusahakan secara besar-besaran. Selain negeri-negeri ini, Jawa juga membekalkan beras. Jawa Timur dan Bali merupakan pembekal kain manakala Luzon (Filipina), Sibu, Panay (Filipina) pula memasarkan kapas. Gula yang dikeluarkan di Jawa, Siam, Kampuchea, Vietnam dan Filipina pula dijual ke negeri China dan Jepun.

  Kegiatan perdagangan di rantau ini berkembang pesat kerana terdapatnya sungai-sungai yang menjadi jalan perhubungan bagi memudahkan kegiatan komersil berjalan lancar, contohnya Sungai Ganges, Mekong, Menam Chao Phraya dan Sungai Yang-tze Kiang. Di China terdapat pelabuhan penting seperti Fukkien, Canton, Tien Sin, Peking dan Shanghai.

  Selepas kedatangan pihak penjajah ke rantau ini, kegiatan komersil di rantau ini mulai berubah. Kini, tanah telah dijadikan elemen penting dalam pertanian dan ia boleh dijual beli. Sebelum ini seperti di Vietnam, tanah tidak boleh dijual dan ia merupakan milikan raja. Selain itu, kegiatan pertanian juga mulai dijalankan secara besar-besaran. Lading-ladang, estet-estet telah dibuka. Tanaman yang sudah ditanam di rantau ini juga telah diusahakan dengan besar-besaran, contohnya tebu. Pelbagai tanaman baru juga ditanam seperti getah dan kelapa sawit. Dalam perusahaan, modal yang besar diperlukan dan konsep buruh bergaji juga mula dijalankan. Dalam perlombongan, imperialis barat juga cuba menguasainya.

  

Dasar pintu tertutup dan pintu terbuka 

1. Thailand 

Sejak abad ke-17, dasar pintu tertutup diamalkan. Pada tahun 1818, Raja Rama II telah mengadakan perjanjian dengan Portugis. Namun demikian, baginda menolak segala utusan John Crawford dari Pulau Pinang. Penggantinya, Raja Rama III juga tidak berminat berhubung dengan kuasa barat dalam perdagangan kerana barang yang dikehendaki boleh diperolehi dari China. Selain itu, baginda takut akan kesan politik dan sosial akibat kemasukan kuasa barat. Pada tahun 1826, baginda terpaksa menandatangani Perjanjian Burney. Perjanjian ini membuka pintu perdagangan kepada British tetapi British tidak boleh mengimport candu dan mengeksport beras dari Thailand. Raja Rama III kemudian mengenakan cukai tinggi ke atas barangan barat. Utusan dihantar kepada Raja Rama III. Baginda tetap dengan pendiriannya iaitu meneruskan dasar pintu tertutup. Sebabnya baginda takut keadaan seperti di Myanmar akan berlaku terhadap negerinya iaitu British melalui Perjanjian Yandabo (1826) menguasai Myanmar.

Pada tahun 1852, Raja Mongkut menaiki takhta. Baginda menyaksikan pihak penjajah menggunakan kekerasan untuk menjajah negara Asia yang enggan membuka pintunya lalu menamatkan dasar pintu tertutup dan mulakan dasar pintu terbuka. Raja Mongkut menyambut baik kedatangan pihak penjajah dan sanggup mengadakan perjanjian dengannya. Pada tahun 1855, Perjanjian Bowring diadakan. Perjanjian ini menamatkan dasar pintu tertutup dan ia dipatuhi oleh Raja Chulalongkorn dan pengganti yang seterusnya.

2. China 

Sejak dulu lagi, orang cina mengamalkan dasar pintu tertutup. Mereka mengganggap diri mereka lebih bertamadun dan negaranya ialah Middle Kingdom atau Kerajaan Tengah atau Zhung Guo. Mereka mengganggap orang asing ialah Barbarian (tidak bertamadun). Mereka juga mengganggap agama mereka suci, kebudayaan mereka tinggi. Selain itu, apa yang dikehendaki dapat dikeluarkan di negerinya sendiri, maka tidak perlu berhubung dengan kuasa luar. Dalam melancarkan dasar pintu tertutup, Maharaja Chien Lung telah mengeluarkan Lapan Peraturan. Dalam peraturan ini, kapal perang asing tidak boleh masuk ke Bogue; isteri orang asing dan senjata api tidak boleh dibawa masuk ke kilang; hubungan perdagangan mereka hanya boleh dijalankan dengan saudagar cohong dan sebagainya. Ini jelas dilihat mereka tidak berminat berhubung dengan orang asing. Sekatan ini menyebabkan kuasa barat berusaha lebih giat lagi untuk membuka pintu negeri China. Dalam usaha membuka pintu, beberapa usaha telah dijalankan tetapi gagal.

Pada tahun 1839, berlakunya Perang Candu. China ditewaskan dan terpaksa menandatangani Perjanjian Nanking. Melalui perjanjian ini, China terpaksa membuka 5 pelabuhan kepada pedagang asing, iaitu Ningpo, Shanghai, Canton, Amoy dan Foochow. Seterusnya Perjanjian Wanghia (1844) dan Perjanjian Whampoa juga ditermeterai. Perjanjian ini memaksa Chian membuka pintunya.

3. Jepun 

Dasar pintu tertutup mula sejak Keshogunan Tokugawa (1638). Dasar ini diamalkan kerana Jepun mengganggap orang asing telah menimbulkan kekacauan di Jepun. Selain itu, agama yang dibawa oleh orang asing dikatakan mengingkari perintah Maharaja Jepun, maka agama ini perlu diharamkan dan orang asing dihalau. Menurut Richard Storry, dasar ini diamalkan kerana untuk memperkukuhkan kedudukan institusi Shogun dalam menghadapi anasir yang tidak puas hati di Jepun terutamanya Damyo Tozama. Shogun Tokugawa telah memerintahkan agar kapal-kapal asing yang menghampiri Jepun perlu diusir dan bagi orang asing yang mendarat haruslah ditawan dan dibunuh. Walaupun dasar pintu tertutup diamalkan tetapi pada tahun 1854, Jepun terpaksa menandatangani Perjanjian Kanagawa yang membuka pelabuhan Shimoda dan Hakodate kepada pedagang Amerika. Seterusnya perjanjian telah diadakan dengan Britain, Rusia dan Holland.

Semasa Meiji. Jepun mengamalkan dasar pintu terbuka. Jepun sedar kalau pintu masih tidak dibuka, nasibnya akan menjadi seperti negeri China dan Myanmar. Pada tahun 1868, hubungan diplomatik diadakan secara rasmi dengan kuasa barat. 

 

MAKLUMAT UMUM SEJARAH ASIA TENGGARA : SISTEM SOSIAL

 

Pengenalan 

Corak pemerintahan dan pentadbiran di negara-negara di Asia telah mempengaruhi pembentukan susun lapis masyarakatnya. Setiap lapisan masyarakat ini mempunyai tanggungjawabnya masing-masing. Secara umumnya, sistem sosial di kebanyakan negara Asia adalah berbentuk sistem feudal. Sistem ini meletakkan satu bentuk kerajaan di mana kuasa politik dikuatkuasakan secara tempatan oleh individu dan bukan oleh kerajaan pusat. 

  

Sistem feudal 

Dalam sistem feudal, raja menjadi tuan tanah. Tanah dibawah kuasanya dibahagikan dan diletakkan di bawah kawalan seorang pembesar yang dilantik oleh raja. Sebagai balasan, raja boleh meminta bantuan dari pembesar ini. Pembesar ini memberi bantuan kepada raja dari segi ekonomi, ketenteraan dan sebagainya. Sistem ini bergantung kepada hubungan antara raja dan bangsawan. Petani tidak mempunyai sebarang hak. Dari segi struktur, sistem feudal merupakan satu pyramid, golongan bangsawan menjadi tali penghubung di antara raja dengan rakyat. Contoh struktur ialah di China ialah raja, bangsawan, petani dan kemudian artisan, peniaga dan askar. Di India, raja kemudian Brahmin dan bangsawan, askar, peniaga dan artisan, petani dan hamba. Di Jepun, Maharaja menduduki tempat pertama, kemudian Damyo dan disebelahnya ialah Tokugawa, selepas itu ialah samurai, petani dan tukang dan saudagar. Di Thailand ialah raja, bangsawan dan nai, phrai dan that. 

  Walaupun dari segi struktur sistem sosial adalah berbeza di antara negara, tetapi ia tetap mempunyai ciri-ciri yang sama di antara negara-negara ini, seperti : 

1. Raja/Maharaja memerintah kawasan yang lebih kecil daripada kawasan tadbiran pembesar. Pembesar ini boleh diwarisi kecuali di Vietnam. 

2. Raja atau maharaja mempunyai kuasa penuh. 

3. Raja atau maharaja menguasai dalam agama, upacara adat-istiadat. 

4. Pembesar mempunyai gelaran yang berbeza mengikut kekayaan mereka. Pembesar ini ada pengikutnya yang setia. Mereka sendiri pula harus taat setia kepada raja dan beri bantuan kepada raja jika perlu. 

5. Negara dibahagikan kepada beberapa jajahan.

Sejarah Asia Tenggara Secara Umum: Institusi Pemerintahan



Pengenalan


Institusi pemerintahan di Asia secara umumnya berasaskan sistem beraja atau sistem bermaharaja. Di negara-negara Asia Tenggara, sistem berajanya dipengaruhi oleh negeri China khasnya bagi Laos, Vietnam dan Kampuchea dan negeri India bagi Indonesia. Menjelang abad ke-18 dan 19, hampir semua negara di rantau ini masih mengamalkan sistem ini. Sistem ini telah meletakkan raja sebagai ketua negara. Baginda berkuasa mutlak dan dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran, baginda dibantu oleh segolongan pembesar.



Asia Tenggara

Sistem beraja di Asia Tenggara berasaskan pengaruh dan sistem politik di India. Sistem ini digelar kerajaan bercorak keindiaan. Ia merupakan gabungan unsur-unsur tempatan dan unsur-unsur keindiaan tetapi unsur-unsur keindiaan telah mengatasi unsur-unsur tempatan. Mengikut kepercayaan Hindu-Buddha, konsep orde kosmos diumpamakan kepada satu negara : satu negara itu melambangkan satu alam semesta dan pusatnya adalah ibu kota dan raja sendiri menjadi pusat alam. Raja akan membina masyarakat selaras dengan peraturan-peraturan alam semesta atau dharma. Raja juga dianggap sebagai dewa raja. Mengikut kepercayaan, raja itu dianggap sebagai wakil tuhan di bumi atau god shadow on earth, rakyat tidak boleh mempersoalkan tindak-tanduk raja-raja.

1. Myanmar

Kanun India Manu meletakkan taraf separuh ketuhanan ke atas raja, tiada seorangpun yang berani mencabar manu. Mengikut Cady dalam bukunya “South East Asia : Its Historical Development” : tidak ada orang Myanmar yang berani mempersoalkan hak raja bagi menguasai kehidupan, harta dan kewajipannya kecuali kalau orang itu sanggup dikatakan sebagai penderhaka. Sifat ketuhanan ini diberi kepada raja-raja apabila sami-sami Brahmin memegang payung putih yang menunjukkan simbol kedaulatan dan ketuhanan dan mengurniakan raja-raja dengan alat-alat kebesaran yang mempunyai sifat-sifat sakti. Raja dianggap pelindung ketidakadilan dan pencerobohan. Baginda juga merupakan pelindung penganjur agama Buddha. Bilangan gajah albino yang dimiliki oleh raja merupakan satu tanda pasti kuasa raja Myanmar. Istana pula menjadi satu simbol yang mewakili Gunung Meru – iaitu tempat kediaman tuhan-tuhan dan pusat alam menurut kosmologi orang India. Prinsip kosmologi ini memberi kuasa yang sungguh besar kepada raja dan juga menolong meninggikan anggapan diri mereka dan kebanggan mereka. Kegagalan raja mempertahankan ibu negeri daripada ditawan bermakna kehilangan takhta kerajaan. Bagi mempertahankan istana dan ibu negeri, tombak telah dibina.

Dalam pentadbiran negara, raja dan permaisuri pertama adalah penting. Di bawahnya, terdapat sami-sami Brahmin. Tugas-tugas sami-sami Brahmin ialah memberi penghormatan rakyat kepada raja, mengadakan upacara adat-istiadat dan mengetuai semua amalan-amalan yang penuh tahyu. Selain itu, Raja Muda (Einshemin) juga menduduki tempat yang sama. Einshemin ini mempunyai istananya dan pegawainya sendiri serta pengawal peribadi. Kaum bangsawan pula terdiri daripada keluarga diraja yang mempunyai hak turun-temurun. Kuasa mereka adalah dari kuasa mutlak raja. Mereka memegang jawatan di pentadbiran awam. Pendapatan mereka adalah cukai-cukai yang dikumpulkan di kawasan Myosa. Selepas bangsawan, terdapat 4 orang Wungyi (menteri-menteri raja). Mereka menguasai pusat pentadbiran Hlutdaw (Dewan Kerja). Mereka terdiri daripada orang yang cekap dan boleh dipercayai. Mereka dibantu oleh menteri-menteri kelas dua (Wundauk). Selepas Wungyi, terdapat 4 atau 8 orang Atwinwun yang menjalankan pentadbiran dalam istana. Myowun yang berkuasa tentera pula menjadi gabenor di wilayah. Terdapat 4 orang Myowun di Myanmar. Akunwun pula merupakan pengutip cukai dan penyelia. Cukai yang dikutip oleh beliau akan diserah 60-80% kepada raja. Bakinya disimpan olehnya. Pengawai polis pula dikenali sebagai sitke. Myothugyi pula menjadi ketua bandar dan bertanggungjawab di peringkat kampung dan daerah juga.

2. Thailand

Rakyat di Thailand tidak boleh melihat muka raja dan adat menyembah bersujut atau menyiarap mesti dilakukan semasa mengadap raja. Seseorang yang hendak mengadap raja harus merangkap masuk dan berada dalam keadaan menyiarap. Apabila rombongan diraja tiba di suatu tempat, rakyat jelata terpaksa melarikan diri dari tempat tersebut.

Dalam pentadbiran, ia terbahagi kepada 2 bentuk iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran wilayah. Kedua-dua peringkat pentadbiran menguasai tenaga menusia sepenuhnya. Di Thailand, terdapat 3 jenis wilayah, iaitu :

a. Wilayah Kelas I

Kawasan strategik keselamatan, Bandar-bandar besar yang mampu mengancam keselamatan.

b. Wilayah Kelas II dan III

Kawasan Bandar agak besar, tidak termasuk di bawah kuasa penyeliaan kerajaan pusat.

c. Wilayah Kelas IV

Bandar-bandar kecil di sekitar ibu kota di bawah penguasaan kerajaan pusat.

Setiap wilayah diserah kepada pembesar digelar Chao Phraya. Beliau dibantu oleh Naib Gabenor (Yok-Krabat). Yok-Krabat ini boleh menjadi pengganti Chao Phraya apabila Chao Phraya mati. Pegawai ini dilantik melalui surat tauliah dan biasanya dilantik dari keluarga Kunnang. Dalam pentadbiran Thailand juga, terdapat 3 buah krom (jabatan) iaitu :

a. Krom Mahatthai

Ia merupakan Jabatan Hal Ehwal Pentadbiran Awam. Ketuanya digelar Samuha Nayok. Ia bertanggungjawab mengawal wilayah utara Thai.

b. Krom Kalahon

Krom ini merupakan Jabatan Pertahanan. Ketuanya ialah Samuha Phra Kalahon dan beliau bertanggungjawab dalam aspek pertahanan. Beliau mengawal kawasan selatan Thai.

c. Krom Khlang

Ia juga dikenali sebagai Jabatan Kewangan dan Hubungan Luar. Ketuanya dipanggil Chao Phraya Phra Khlang. Jabatan ini bertanggungjawab untuk mengawal kawasan pesisiran pantai dan Teluk Siam.

Di bawah krom ini, terdapat mahkamah yang mendengar kes-kes rayuan mahkamah Bandar. Selepas krom, terdapat 4 Jabatan kanan iaitu Krom Maung (Jabatan Ibu Kota), Krom Na (Jabatan Tanah), Krom Wang (Jabatan Istana) dan Krom Khlang (Jabatan Kewangan, Perniagaan dan Hubungan Luar).

3. Vietnam

Pada teorinya, seseorang maharaja itu mempunyai kuasa mutlak. Konsep maharaja digunakan. Tugas maharaja sering dipenuhi dengan upacara amal resam (tradisional). Kesejahteraan rakyat dan negara bergantung kepada kebijaksanaan maharajanya. Pengabaian upacara amal resam menyebabkan negara ditimpa kecelakaan. Seseorang maharaja memberikan contoh yang baik terhadap rakyatnya. Mengikut Confucius, “Seseorang maharaja samalah seperti angin. Sifat rakyat seperti rumput. Rumput akan tunduk mengikut arah angin bertiup.” Andaikata kalau maharaja tidak adil, mandat dari alam kudus yang dimilikinya akan lenyap sendirinya. Penentangan rakyat terhadap maharaja yang sedemikian dikatakan sangat wajar.

Dalam pentadbiran, maharaja dianggap puncak kekuasaan, mempunyai kuasa mutlak. Pembesar Mandarin merupakan pegawai yang terdiri daripada orang yang paling alim, menjalankan kehendak raja. Mereka merupakan sekumpulan orang yang mendapat kuasa dari raja. Peluang yang besar dimiliki oleh mereka untuk mempengaruhi maharaja. Jawatan ini tidak boleh diwarisi. Tidak mempunyai bangsawan yang menguasai tanah. Dalam kesusasteraan Vietnam, ada dinyatakan bahawa kaum Mandarin dan raja melakukan penyeksaan : “Raja paksa rakyat bekerja tanpa makan dan bayar gaji. Kaum ini mencuri, merampas seberapa banyak yang dapat.”



Asia Timur

1. China

Maharaja dianggap sebagai “son of heaven” (anak tuhan). Baginda mendapat mandat dari tuhan untuk memerintah. Kalau negara maju, rakyat menganggap maharaja masih mendapat mandat tuhan dan disebaliknya, maka boleh menggulingkannya sehingga dapat mandat tuhan. Rakyat tidak boleh memandang wajah maharaja. Sesiapa yang pandang wajah maharaja akan ditimpa kecelakaan. Rakyat jelata haruslah kowtow sebanyak 9 kali semasa mengadap maharaja.

Untuk melaksanakan mandat dari syurga, maharaja dibantu oleh Jabatan Setiausaha Tinggi dan Majlis Tertinggi terdiri daripada 6 orang pembesar kanan. Terdapat beberapa jabatan seperti Jabatan Awam, Jabatan Dalam Negeri, Jabatan Upacara dan Adat Istiadat, Jabatan Perang, Jabatan Pengadilan, Jabatan Pengangkutan dan sebagainya. Setiap jabatan itu diketuai oleh seorang pegawai yang dilantik. Ada sati jabatan khas dipanggil Jabatan Penapis. Jabatan ini terdiri daripada 24 orang di Peking dan 56 orang di wilayah menjadi mata-mata dan telinga bagi maharaja untuk mengintip tingkah laku pegawai wilayah. Ibu kota dan kawasan sekitar terletak di bawah kawalan kerajaan pusat. Manakala kawasan lain dibahagikan dan dikuasai oleh seorang pembesar feudal. Kuasanya seperti seorang raja tetapi dasar umum dibentuk di Peking, tetapi pembesat-pembesar wilayah boleh membubarkan dasar umum dengan kebenaran adat-istiadat dan keadaan tempatan. Wilayah-wilayah merupakan kerajaan sendiri yang diketuai oelh Gabenor. Tanggungjawab gabenor ialah mengekalkan keamanan, mewujudkan ketenteraman dan memastikan kemakmuran wilayah masing-masing. Gabenor ini dibantu oleh pembesar wilayah seperti Bendahari, Hakim dan Pengawal Garam, Pengurus Bijirin, Pegawai Pentadbiran Khas (Tao Tai). Semua pembesar kerajaan dilantik dan wajib lulus peperiksaan awam. Ini adalah dikecualikan daripada kemasukan tentera.

2. Jepun

Sistem beraja di Jepun dipengaruhi oleh fahaman Shintoisme (kesetiaan rakyat kepada raja dan maharaja). Mengikut fahaman ini, maharaja adalah ketua agama, ketua negara dan rakyat perlu selalu taat setia pada negara dan maharaja.

Maharaja Jepun dibantu oleh 2 jabatan iaitu Jabatan Pemujaan (Jingikan) dan Jabatan Negara (Dajokan). Kerajaan dibahagikan kepada kerajaan-kerajaan wilayah dipanggil Kuni, ditadbir oleh gabenor (Kami). Pegawai ini dilantik mengikut kelahiran dan keturunan. Selepas maharaja ialah Shogun. Shogun dibantu oleh Tairo (Majlis Penasihat Agung) dan Roju (Majlis Tertua). Tairo bertanggungjawab menasihati raja dalam dasar-dasar negara penting dan Roju bertugas membentuk Majlis Negara menguruskan perkara-perkara berhubung dengan istana raja, golongan bangsawan iaitu Damyo. Damyo pula dibantu oleh Samurai dan Karo (orang suruhan pentadbir tanah). Terdapat 3 kumpulan Damyo iaitu Shimpon (ahli keluarga Tokugawa), Fudali (orang yang menerima kepimpinan Tokugawa Iyeyasu) dan Tozama (bangsawan yang setanding dengan Iyeyasu).

Selepas Maharaja Meiji menjalankan pemodenan, sistem pentadbiran Jepun telah berubah. Maharaja kini dibantu oleh 3 orang pembesar iaitu Ketua Yang Agung (putera mahkota), Majlis Kelas Pertama (Gijo) dan Majlis Kelas Kedua (terdiri daripada 5 orang Kuge iaitu pembesar istana dan 15 orang samurai) (Sanyo). Maharaja Meiji juga menubuhkan satu dewan yang dikenali sebagai Daijokwan. Daijokwan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Dewan Pertuanan yang dibantu oleh 8 lembaga pentadbir dan ahlinya terdiri daripada golongan pembesar serta diketuai oleh Ketua Menteri yang bertanggungjawab terhadap maharaja dan Dewan Rakyat yang juga dikenali sebagai Dewan Perhimpunan.



Asia Selatan – India

Raja-raja mengikut panduan Arthasastra : Raja dinasihati oleh Mantri Parishad (badan penasihat bukan badan pemerintah). Mantri Parishad pada awal dilantik kemudian menjadi hak warisan pada akhirnya. Ada kalanya, ia lebih berkuasa daripada raja. Di Kerajaan Maratha (pengasasnya Sivaji), terdapat satu golongan pembesar yang dipanggil Peshwa yang lebih berkuasa. Di bawahnya ada Mantrin. Purohita sangat berpengaruh, rapat dengan raja, raja menerima nasihat darinya dalam segala hal. Purohita ini adalah seperti tukang tilik. Selepasnya ada satu barisan menteri-menteri. Dalamnya ini terdapat Sanidhatar (kewangan), Sumahartar (ketua pemungut cukai), Sandhivigrahika (menteri perang), Pradvivaka (hakim), Mahasapatalika (penyimpan rekod).

Selepas kedatangan Islam, pembesar kanan ialah Mansabdar. Sistem pemerintahannya dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Pengurusan Kerajaan (istana), Pengurusan Tentera dan Pengurusan Empayar. Setiap bahagian mempunyai ketuanya masing-masing. Pentadbiran awam diketuai oleh Perdana Menteri (Wakil). Pengurusan cukai diserahkan kepada Wazir. Setiap wilayah di India diketuai oleh Subahdar. Qazi menjadi hakim.
940 Sejarah STPM

Sukatan Pelajaran


Matlamat

Tujuan pendidikan Sejarah di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) adalah untuk meningkatkan pengetahuan, pemahaman dan penghayatan pelajar tentang Sejarah untuk menyediakan wadah yang kukuh bagi pelajar mengikuti pengajian tinggi, menyediakan pelajar untuk kerjaya dan mencernakan semangat kecintaan kepada bangsa dan negara serta kepekaan terhadap mesyarakat sarwajagat.

Objektif

Objektif sukatan pelajaran ini adalah supaya pelajar:

1. mamahami asas-asas ilmu sejarah, seperti konsep, sebab-musabab, perubahan dan kesinambungan dan penggunaan istilah yang tepat

2. berkebolehan mengendalikan sumber sebagai bukti sejarah seperti mengumpul, memilih, menilai dan mentafsir

3. berkebolehan mengenal dan menilai pelbagai pendekatan, pentafsiran dan pendapat tentang perinstiwa sejarah

4. berkebolehan memberikan gambaran yang jelas dan padat serta hujah yang logik

5. berkebolehan menganalisis dan merumus serta berfikir secara kritis dan rasional

6. berkeupayaan memahami proses perubahan masyarakat dan tamadun

7. mengukuhkan pemahaman tentang sejarah Malaysia dan kaitannya dengan sejarah luar Malaysia

8. menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah



Kandungan

Sukatan pelajaran Sejarah STPM terdiri daripada dua bahagian, iaitu :

Bahagian Pertama 
Tamadun Dunia hingga tahun 1800

Bahagian A

Tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir, Tamadun Hwang Ho, Tamadun Mohenjo-Daro dan Harrapa, Tamadun Arab, Tamadun Yunani, Tamadun Rom, Tamadun Graeco-Roman, Tamadun India, Tamadun China, Tamadun Melayu dan Tamadun Barat.

Bahagian B 
Tamadun Islam

Bahagian Kedua

Sejarah Malaysia, Asia Tenggara dan Asia Timur 1800-1963

Bahagian A 
Malaysia 

Bahagian B 

Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. 
(Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, Brunei, Indonesia, Filipina, Singapura, India, China dan Jepun) 


Bentuk peperiksaan 

Peperiksaan bagi mata pelajaran ini terdiri daripada 2 kertas, iaitu Kertas 1 dan Kertas 2. Calon dikehendaki mengambil kedua-dua kertas ini.

Kertas 1 : Tamadun Dunia hingga tahun 1800

a. Kertas ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A : Tamadun Dunia dan 
b. Setiap bahagian mempunyai 8 soalan. Setiap calon dikehendaki menjawab 2 soalan dari 
  Bahagian A dan 2 soalan dari Bahagian B.

c. Markah bagi setiap kertas adalah 25 markah.
d. Masa yang diperuntukan ialah 3 jam.

e. Kertas ini mempunyai wajaran 50%.


Kertas 2 : Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963

 
a. Kertas ini mengandungi dua bahagian iait:

 Bahagian A : Malaysia 

 Bahagian B: Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur

b. Setiap bahagian mempunyai 6 soalan. Setiap calon dikehendaki menjawab 2 soalan dari 

  Bahagian A dan 2 soalan dari Bahagian B.

c. Markah bagi setiap kertas adalah 25 markah.

d. Masa yang diperuntukan ialah 3 jam.

e. Kertas ini mempunyai wajaran 50%.